PETIKAN DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH



Cinta itu " Adil" sifatnya, Allah telah mentakdirkan dia dalam keadilan,
tidak memperbeza-bezakan antara raja dengan orang meminta-minta,
tiada menyisihkan orang kaya dengan orang miskin, orang mulia dengan orang hina,
bahkan kadang-kadang tidak juga berbeza baginya antara bangsa dengan bangsa,
tetapi aturan pergaulan hidup, tiada membiarkan yang demikian itu berlaku,
orang sebagai kita ini telah dicap dengan darjat " Bawah" atau " Kebanyakkan"
sedang mereka diberi nama " cabang atas"; cabang atas ada kalanya kerana pangkat dan ada kalanya kerana harta benda.
Cincin emas orang sayang hendak memberi bermatakan kaca, tentu dicarikan orang,
biar lama, permata intan berlian, atau zamrud dan nilam yang telah diasah oleh orang rantai perintang-perintang hatinya, kerana lama menanggung dalam penjara."

" Wahai ibu, Cuma anakanda tahu bahawa cintaku mendapat sambutan dengan semestinya,
agaknya tidaklah separah ini benar luka hatiku,
kerana cinta yang dibalas itulah ubat yang paling mujarab bagi seorang anak muda dalam hidupnya,
tak akan lebih pintanya daripada itu, hati anak muda akan besar dan merasa beruntung,
jika anakanda ketahui bahawa airmata anakanda yang selama ini telah banyak tercurah tidak bagai air yang tenggelam di pasir;
bahawa pengharapan dalam menuju hidup tak terhambat ditengah jalan;
bahawa cita-cita hendak memandangi langit tidak di halangi oleh awan.
Cinta anakanda kepadanya bukan mencintai tubuhnya dan bentuk badannya,
tetapi jiwa anakandalah yang mencintai jiwanya,
kecintaan anakanda bukan dipeterikan oleh kebiasaan bergaul dan bukan pula kerana kepandaian menyusun surat-surat kiriman.
Kebebasan pergaulan bisa ditutupi dengan perangai yang dibuat-buat dan kepintaran mengarang surat dapat pula menyembunyikan kepalsuan hati.
Anakanda menyintai Zainab kerana budinya; di dalam matanya ada terkandung suatu lukisan hati yang suci dan bersih."

HAMKA - Jazakallahulkhairan

0 Response to "PETIKAN DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel